Site icon TechNave BM

vivo Malaysia perkenalkan varian V17 baru, dijual pada harga RM1,299

vivo Malaysia hari ini memperkenalkan varian V17 baharu yang dijual dengan harga lebih rendah iaitu RM1,299. Untuk makluman, harga asal telefon ini sewaktu pelancarannya pada Disember 2019 adalah RM1,699.

Varian yang baru dilancarkan ini mempunyai storan dalaman 128GB, berlainan dengan varian asal yang mempunyai 256GB. Selain daripada itu, spesifikasi di antara kedua-dua telefon tersebut adalah hampir serupa.

vivo V17 dilengkapi dengan cipset Snapdragon 675 AIE, RAM 8GB, skrin Ultra O Screen Design Full HD+ berukuran 6.44 inci, bateri 4,500mAh dan teknologi pengecasan pantas Dual-Engine Fast Charging.

Daripada segi kamera pula, ia mempunyai empat kamera yang terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera bokeh 2MP. Kamera hadapannya pula adalah kamera 32MP yang dilengkapi Super Night Mode dan Super Night Selfie penggambaran malap yang lebih cantik.

Anda boleh membeli kedua-dua varian vivo V17 ini di vivo Concept Store, pengedar sah, platform e-dagang serta laman web rasmi vivo. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli vivo V17 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version