Site icon TechNave BM

vivo Malaysia tawarkan promosi khas pada 27 Mac, telefon pintar serendah RM359

vivo Malaysia akan menganjurkan kempen promosi telefon pintar istimewa sempena ulangtahun Lazada yang ke-9 pada 27 Mac ini. Pelanggan bakal menerima pelbagai jenis diskaun sehingga 38% atau boleh membeli telefon pintar baru dengan harga serendah RM359 sahaja.

Telefon yang akan dijual pada harga istimewa ini adalah:

Selain itu, 250 pembelian pertama yang bernilai RM499 ke atas bakal menerima fon telinga wayarles secara percuma (bernilai RM59). Selain itu, setiap pembelian juga akan menerima baucar diskaun sehingga RM70, seperti yang berikut:

Di samping itu, vivo juga akan mula menjual telefon andalan terbaru, vivo X60 (RM2,699) dan vivo X60 Pro (RM3,299). 100 orang pembeli pertama untuk vivo X60 akan menerima kotak hadiah Premium Gift Box bernilai RM159 manakala 100 orang pembeli pertama untuk vivo X60 Pro pula akan menerima bagasi 18 inci bernilai RM359.

Layari laman rasmi vivo Malaysia di Lazada atau laman web rasmi vivo Malaysia untuk maklumat lanjut tentang promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version