Site icon TechNave BM

vivo Malaysia tawarkan telefon serendah RM349 dan hadiah menarik sempena Tahun Baru Cina

Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang semakin hampir, vivo Malaysia akan menawarkan pelbagai telefon pintar dengan harga promosi dalam kempen jualan Shopee 2.2 Chinese New Year Sale yang akan bermula pada 2 Februari.

Berikut adalah telefon vivo yang akan dijual pada harga diskaun:

Selain telefon-telefon di atas, pelanggan yang membeli telefon pintar terpilih juga akan mendapatkan pelbagai hadiah percuma:

Jika anda lebih berminat untuk mendapatkan telefon percuma, anda boleh mencuba nasib dengan menyertai siaran langsung vivo Malaysia di Shopee pada 2 Februari jam 11:00 malam sehingga 12:00 tengah malam dan anda berpeluang memenangi vivo V19.

250 orang pelanggan pertama yang berbelanja RM988 ke atas dalam jualan ini akan menerima barangan dapur bernilai RM98. Pelanggan juga berpeluang mendapat pelbagai baucar Shopee bernilai sehingga RM188 untuk sebarang pembelian di laman Shopee vivo Malaysia.

Layari laman Shopee vivo Malaysia untuk membeli mana-mana telefon di atas. Beritahu kami di Facebook jika anda akan berbelanja dalam promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version