Site icon TechNave BM

vivo Malaysia tawarkan telefon serendah RM599 sempena pembukaan kedai konsep di Sunway Pyramid

vivo Malaysia telah membuka kedai utama mereka yang baharu, vivo Experience & Service Centre, di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Selangor dan sempena pembukaan ini, vivo Malaysia menganjurkan promosi khas kepada para pelanggan yang melawat kedai itu pada 23 dan 24 Disember 2023.

Jika anda melawat kedai itu dalam pukul 2:00 petang hingga 5:00 petang, anda boleh beli empat telefon di bawah pada harga diskaun:

Jika anda tidak dapat datang dalam tempoh yang tertera di atas, empat telefon di bawah akan dijual pada harga diskaun pada sepanjang hari:

Telefon-telefon vivo yang lain turut dijual dalam kedai ini, terdiri daripada pelbagai kategori harga untuk para pelanggan.

Selain itu, anda juga boleh cuba sendiri telefon pintar andalan vivo yang seterusnya, vivo X100 5G Series, di kedai ini. Anda boleh pegang vivo X100 atau vivo X100 Pro, kemudian anda boleh cuba sendiri kameranya yang dilengkapi teknologi ZEISS.

vivo Experience & Service Centre Sunway Pyramid terletak di aras 1, lot kedai F.136 dan F.137. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version