Site icon TechNave BM

vivo mungkin akan lancarkan tablet pertama di samping vivo X60 Pro+

vivo akan melancarkan telefon pintar andalan vivo X60 Pro+ pada 21 Januari (esok), namun telefon itu mungkin bukan satu-satunya peranti yang akan dilancar pada hari itu. Beberapa sumber telah menyatakan vivo mungkin akan turut melancarkan tablet yang pertama di samping vivo X60 Pro+.

Pada Jun 2020, vivo telah pun mendaftarkan tanda dagang untuk vivo Pad, iQOO Pad, NEX pad, iQOO Book, NEX Book dan lain-lain nama untuk produk baru. Jadi walaupun jika vivo tidak melancarkan sebarang tablet pada 21 Januari, kita masih boleh jangkakan sebuah tablet vivo dalam masa terdekat.

Menurut International Data Corporation, jualan tablet sepanjang 2020 telah naik mendadak berbanding 10 tahun lalu berikutan wabak COVID-19 yang memaksa ramai orang untuk bekerja dari rumah. Oleh yang demikian, tidak mengejutkan jika vivo kini ingin menceburi industri tablet.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet vivo dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version