Site icon TechNave BM

vivo mungkin akan lancarkan jam tangan pintar vivo Watch pada akhir bulan ini

Nampaknya vivo Malaysia telah memberi petunjuk bahawa syarikat itu mungkin akan melancarkan jam tangan pintar vivo Watch pada akhir 22 September 2020. Spesifikasinya masih lagi tidak dipastikan, namun apa yang telah dipastikan adalah mungkin terdapat versi diameter 42mm dan 46mm yang lebih mahal sedikit.

Maklumat awal mengatakan jam ini terdapat dalam empat pilihan warna dan baterinya dikatakan boleh bertahan sehingga 18 hari. Ia juga akan mempunyai skrin AMOLED berwarna, NFC, kalis air sehingga 5atm, pemain muzik dan pembaca degupan jantung, tahap oksigen darah serta pengambilan kalori.

Paten vivo Watch yang telah dimuat naik kepada media

Namun ini semua masih lagi spekulasi yang belum disahkan oleh vivo. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version