Site icon TechNave BM

Vivo NEX 3 5G berwarna jingga didedahkan di TENAA

Vivo NEX 3 5G yang dilancarkan pada September tahun lepas bakal dikeluarkan dalam model yang baharu pada tahun ini, menurut maklumat yang terdapat dalam Agensi Penerimaan Rangkaian Peralatan Telekomunikasi (Telecommunications Equipment Network Acceptance Agency, TENAA) di China.

Maklumat tersebut menunjukkan bahawa TENAA sudah pun meluluskan model NEX 3 5G berwarna jingga yang ditulis sebagai Golden (keemasan) di dalam dokumen rasmi. Untuk makluman, NEX 3 5G setakat ini cuma boleh didapati dalam warna gelap Glowing Night dan biru Liquid Tianhe sahaja. Mungkin dengan varian baru yang akan dikeluarkan ini akan memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan yang berminat.

Vivo NEX 3 5G adalah model NEX pertama yang dilengkapi dengan perhubungan 5G. Selain dioperasi oleh pemproses Snapdragon 855+, skrinnya yang berukuran 6.89 inci juga mempunyai nisbah skrin ke badan sebanyak 93.6%, antara yang tertinggi di pasaran sekarang. Jika anda berminat untuk memiliki NEX 3 5G, bolehlah rujuk di seksyen harga telefon di TechNave.

Adakah anda berminat untuk memiliki NEX 3 5G berwarna jingga? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan terus bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar dan teknologi terkini!

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version