Site icon TechNave BM

vivo NEX 5 mungkin akan dilancar pada Februari 2022

vivo dilihat bakal melancarkan sebuah telefon pintar vivo NEX 5 pada tahun ini, berdasarkan beberapa imej yang telah tertiris sejak beberapa hari lalu. Kini, sebuah poster baharu telah tertiris yang menunjukkan rupa telefon itu serta waktu pelancarannya.

Menurut pengguna Twitter @Shadow_Leak , beliau telah memuat naik poster yang menunjukkan logo NEX 5 dan bulan pelancarannya iaitu pada Februari 2022. Walaupun ini bukan sumber rasmi, poster itu menunjukkan telefon sama dengan gambar yang telah tertiris sebelum ini.

Poster itu memaparkan NEX 5 yang berwarna putih, dengan bonggol kamera berbentuk bulat dan menempatkan empat lensa kamera. Kamera tersebut bakal dibina dengan kerjasama Zeiss seperti yang terdapat pada siri vivo X70 sebelum ini.

vivo NEX 5 dikhabarkan bakal mempunyai skrin AMOLED E5 berukuran 6.78 inci dengan resolusi QuadHD+, cipset Snapdragon 8 Gen 1, RAM 8GB atau 12GB, storan 256GB atau 512GB, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 80W, pengecasan wayarles 40W dan sensor kamera Samsung GN1 50MP.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo NEX 5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version