vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem dijana oleh Origin Smooth Engine bersama pemprosesan Ultra-Core Computing yang mengurangkan masa pelancaran aplikasi sebanyak 10% dan meningkatkan kepantasan pertukaran halaman sebanyak 11%.
Melalui penambahbaikan struktur Memory Fusion, pemulihan memori dipertingkat sehingga 60% serta berupaya membebaskan ruang storan sehingga 25GB bagi model 256GB. Seni bina Dual Rendering pula meningkatkan kecekapan pemprosesan imej sebanyak 14.4%. Sistemnya turut memperkenalkan ciri Origin Workbench yang membolehkan pengguna menjalankan dan mengurus sehingga lima aplikasi aktif secara serentak.
Pengalaman navigasi digerakkan oleh enjin Origin Animation yang menggunakan simulasi dinamik cecair dan fizik Spring Animation. Dari aspek ketersambungan, OriginOS 7 menyokong integrasi peranti Apple. Apple Watch boleh disambungkan terus untuk segerakkan data kesihatan ke Origin Health manakala AirPods menyokong paparan bateri di Origin Island dan Spatial Audio.
Melalui vivo Office Kit, pengguna Mac, iPad dan Windows boleh melakukan pemindahan fail seret rentas skrin serta mengakses dokumen iCloud terus dari vivo File Manager. Sistem ini turut memuatkan ejen AI rentas peranti baharu iaitu Jovi. Menerusi vivo Office Kit, Jovi boleh mengakses PC dari jarak jauh untuk mengambil fail, merumuskan data, membuat laporan mingguan dan menyusun dokumen secara automatik.
Ciri Snap Note pula menukar gambar nota bertulis atau papan putih kepada dokumen teks boleh sunting. Bagi paparan visual, ia hadir dengan Wiggle Theme yang memberi kesan ombak cecair pada gambar, Glint Theme berasaskan sensor giroskop dan tema haiwan interaktif Pet Pals. Program Pratonton OriginOS 7 bermula pada 21 September di Malaysia, Thailand dan India untuk vivo X300 Pro serta siri iQOO terpilih sebelum diperluaskan ke siri X500, X Fold dan siri V.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

