Site icon TechNave BM

vivo rancang hasilkan telefon boleh gulung pertama di dunia pada 2024

Menurut laporan, vivo dan Transsion merancang untuk melancarkan telefon pintar dengan skrin gulung pertama di dunia. Transsion telah mengumumkan telefon konsep skrin boleh gulung pada September tahun lepas.

Sumber dalaman berkata bahawa vivo dan Transsion sedang giat membangunkan telefon dengan skrin boleh gulung dan merancang untuk melancarkannya terlebih dahulu sebelum akhir tahun depan. Pada September tahun lepas, Transsion melancarkan Techno Phantom Ultimate iaitu telefon berkonsepkan skrin gulung.

Apabila butang pada bahagian atas ditekan, skrin 6.55 inci akan membesar kepada 7.11 inci dalam 1.2 hingga 1.3 saat. Resolusi skrin ialah 2296×1596 piksel dan PPI ialah 388 serta menyediakan 100% liputan gamut warna DCI-P3. Selain itu, telefon ini dilengkapi dengan skrin kecil di bahagian belakang yang boleh berfungsi sebagai paparan maklumat.

Difahamkan bahawa panel telefon skrin gulung vivo berkemungkinan akan dibekalkan oleh CSOT atau Samsung Display. Ada spekulasi bahawa sebab syarikat telefon pintar China giat membangunkan telefon skrin gulung adalah kerana mereka menyedari bahawa sukar untuk mengatasi Samsung dalam pasaran telefon lipat. 

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CNMO

Exit mobile version