Site icon TechNave BM

vivo S10 tertiris dalam talian, dilengkapi kamera 108MP dan cipset Dimensity 1100!

Pada bulan Mac lalu, vivo telah melancarkan vivo S9 dengan duta Lisa dari BlackPink. Kini, hanya beberapa bulan kemudian, generasi baru vivo S10 pula telah tertiris dalam talian dan ianya hadir dengan spesifikasi yang menarik.

Mengikut sumber, vivo S10 bakal menggunakan cipset Dimensity 1100, sama seperti vivo S9. Namun, yang menarik, telefon generasi baru ini dikatakan akan hadir dengan kamera utama 108MP.

Selain dari itu, ia juga akan menyokong NFC, storan UFS 3.1, pengecasan pantas 44W dan perisian Android 11. Peranti ini akan ditawarkan dengan dua varian memori iaitu RAM 8GB dan RAM 12GB. Yang istimewa, kedua-dua memori itu boleh ditambah secara maya sebanyak 4GB.

Buat masa ini, itu sahaja informasi terkini mengenai vivo S10. Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version