Siri vivo S12 akan dilancarkan pada hari Rabu, 22 Disember iaitu pada hari esok. Di sini, kami ingin kongsikan pada anda bahawa telefon pintar ini akan membawa persediaan tri-kamera di bahagian belakang dan dua kamera swafoto pada bahagian hadapan.
vivo telah menyiarkan video pendek di halaman Weibo mendedahkan kamera swafoto S12 Pro akan dipertingkatkan lagi dengan dua lampu LED dalam bezel nipis di bahagian atas.
Salah satu kamera hadapan akan mempunyai sensor 50MP, dan kami menjangkakan hadir dengan shooter ultralebar 8MP seperti yang terdapat dalam siri vivo S10. Syarikat itu mengiklankan lampu dwi-LED di bahagian hadapan peranti akan menjadi dwi-ton.
Dari segi spesifikasi, S12 Pro mungkin dikuasakan oleh cipset Dimensity 1200 dan OLED 6.5” di bahagian hadapan. Kapasiti bateri dijangka sekitar 4,200-4,300 mAh dengan pengecasan pantas 44W. Vivo pasti membawa lebih banyak kejutan pada hari pelancaran S12 Pro.
Sementara itu, komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: GSMArena

