Site icon TechNave BM

vivo S15, S15 Pro dan TWS Air bakal dilancarkan pada 19 Mei ini

Beberapa hari lalu, vivo mengatakan bahawa mereka akan memperkenalkan S15 dan S15 Pro di China hari ini tetapi ternyata vivo hanya mengumumkan tarikh rasmi pelancaran kedua-dua telefon pintar tersebut pada 19 Mei ini.

S15 dan S15 Pro akan dilancarkan bersama fon telinga wayarles baharu iaitu vivo TWS Air. vivo masih belum mendedahkan banyak tentang S15 atau S15 Pro tetapi poster yang dikongsi oleh vivo hari ini menunjukkan kepada kami salah satu telefon pintar itu.

Sebelum ini, vivo berkongsi sampel kamera S15 dan S15 Pro dan VP syarikat mengesahkan bahawa siri S15 akan datang dengan pengecasan 80W, cip andalan dan OriginOS. Sementara menunggu vivo memperincikan secara rasmi spesifikasi lengkap S15 dan S15 Pro, anda boleh berkongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version