Site icon TechNave BM

vivo S50 Pro mini dijangka hadir dengan cipset Snapdragon 8 Gen 5

vivo dilaporkan sedang bersiap untuk melancarkan siri telefon pintar terbaharu mereka iaitu vivo S50 yang dijangka terdiri daripada model S50 Pro dan S50 Pro mini. Siri ini bakal menggantikan barisan S30 sebelum ini, namun dengan peningkatan prestasi yang jauh lebih mantap.

Menurut khabar angin awal, vivo S50 Pro mini mungkin akan menjadi antara telefon kompak pertama yang dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 5, menandakan langkah besar vivo untuk meninggalkan penggunaan cip MediaTek dalam segmen pertengahan premium mereka.

Daripada segi rekaan, S50 Pro mini dikatakan akan menampilkan paparan rata bersaiz 6.3 inci dengan resolusi 1.5K serta bateri yang lebih besar berbanding model vivo X300, menawarkan ketahanan penggunaan yang lebih lama. Sementara itu, S50 Pro dijangka tampil dengan paparan lebih besar, rangka logam premium dan kamera telefoto periskop bagi meningkatkan keupayaan fotografi jarak jauh.

Ada juga spekulasi bahawa vivo akan memperkenalkan S50 Pro mini ke pasaran global sebagai vivo X300 FE, meneruskan tradisi penjenamaan semula seperti model sebelumnya. Jika semua ini benar, siri S50 berpotensi menjadi pilihan utama bagi mereka yang mahukan telefon kompak dengan kuasa setaraf flagship.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version