Site icon TechNave BM

vivo S6 Pro 5G dengan Snapdragon 765G, RAM 8GB, kamera quad 64MP mungkin berharga ~RM1803

Terdahulu, vivo telah melancarkan vivo S6 5G di pasaran China. Tidak terhenti di situ, vivo kini dilaporkan bakal melancarkan vivo S6 Pro 5G di pasaran China dengan beberapa spesifikasi menarik seiring dengan harga yang mampu menarik perhatian peminat.

vivo S6 Pro 5G dikatakan bakal hadir dengan skrin OLED 60Hz dengan rekaan dwi-skrin berlubang untuk menempatkan kamera selfie 32MP + 8MP (super lebar). Turut dilaporkan, ia bakal dioperasikan cipset Snapdragon 765G dengan RAM 8GB dan storan 128GB/256GB.

Baterinya mungkin berkapasiti 4200mAh bersama sokongan pengecasan pantas 33W FlashCharge 2.0, NFC dan sistem penyejukan cecair tiub tembaga. Kamera utamanya bakal dihuni lensa 64MP + 8MP (super lebar) + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman).

vivo S6 5G

Menurut sumber, varian 8GB+128GB mungkin berharga 2998 Yuan (~RM1803), manakala varian 8GB+256GB mungkin berharga 3298 Yuan (~RM1985). Memandangkan kesemua maklumat ini adalah tidak rasmi dan sekadar jangkaan, nantikan berita pelancarannya melalui kami.

Apa pun, kami tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan peranti ini di Malaysia. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version