Site icon TechNave BM

vivo S7 5G dilancarkan: Snapdragon 765G, skrin AMOLED, kamera 64MP berharga ~RM1691

Sementara siri vivo X50 masih lagi hangat di pasaran, vivo kini melancarkan sebuah lagi peranti kelas pertengahan dengan spesifikasi skrin, tetapan kamera dan janaan cipset yang baik. Setakat ini, vivo S7 5G hanya tersedia di pasaran China.

Antara spesifikasi yang menarik adalah janaan cipset kelas pertengahan yang baik, Snapdragon 765G, spesifikasi skrin AMOLED 6.44 inci dan kamear swafoto yang berciri dwi-kamera. Anda boleh menyemak spesifikasi asas melalui senarai di bawah.

Untuk pengetahuan anda, vivo S7 5G tidak mempunyai slot untuk kad mikroSD dan bicu audio 3.5mm. Namun, ia menyokong Hi-Res Audio jika anda menggunakan fon telinga atau fon kepala jenis USB-C.

vivo S7 5G tersedia di pasaran China dengan harga bermula 2800 Yuan (~RM1691) untuk varian 8GB+128GB, manakala varian 8GB+256GB berharga 3100 Yuan (~RM1872). Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan peranti ini di pasaran Malaysia.

APakah pendapat anda mengenai vivo S7 5G? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version