Site icon TechNave BM

vivo S7t dilancar: Dimensity 820, skrin AMOLED, kamera 64MP berharga ~RM1,631

Terkini, satu lagi ahli keluarga siri vivo S7 telah dilancar iaitu vivo S7t. Secara asasnya, vivo S7t memiliki spesifikasi sama dengan vivo S7 5G, hanya berbeza pada janaan cipsetnya sahaja.

Seperti vivo S7, vivo S7t terbaru memiliki skrin AMOLED 6.44 inci, bateri 4000mAh, kamera utama 64MP dan cas pantas 33W. Anda boleh menyemak spesifikasi asas vivo S7t seperti di bawah.

vivo S7t tersedia dalam pilihan warna Black dan Gradient Blue pada harga 2598 Yuan (~RM1,631) di pasaran China sahaja. Sebenarnya, peranti ini mempunyai spesifikasi lebih kurang sama dengan siri vivo 20 di pasaran Malaysia.

Apakah pandangan anda mengenai peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version