Site icon TechNave BM

vivo T1 5G dilancar: SD 695, FHD+ 6.58″ 120Hz dan kamera 50MP bermula ~RM895

Menurut media India 91mobile, vivo T1 5G akhirnya dilancarkan di India tetapi tidak seperti model yang dikeluarkan di China. Cipsetnya menggunakan Snapdragon 695 dan harganya bermula daripada 15,990 rupee (~RM 895). Sebelum ini, terdapat berita yang tertiris mengenai spesifikasinya.

Menurut laporan, telefon ini dilengkapi dengan skrin LCD FHD+ 6.58 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Pada bahagian belakangnya dilengkapi tiga kamera iaitu 50MP + 2MP + 2MP. Baterinya berkapasiti 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W. Cipsetnya pula menggunakan Qualcomm Snapdragon 695 dan tersedia beberapa pilihan RAM dan storan antaranya 4 +128GB, 6+128GB serta 8+128GB pilihan.

Tahun lepas, vivo T1 5G telah dilancarkan di China yang dilengkapi dengan cipset Snapdragon 778G, skrin LCD 6.67 inci, menyokong kadar penyegaran semula 120Hz dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W. Harga permulaan bagi varian 8GB + 128GB ialah 1799 yuan (~RM1,184).

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: ITHome

Exit mobile version