Site icon TechNave BM

vivo T1 Series dilancar di Malaysia: SD 778G, cas pantas 66W, skrin AMOLED 90Hz bermula RM649

Pada hari ini, vivo Malaysia telah melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu vivo T1 Series yang terdiri daripada vivo T1 5G dan vivo T1x. Siri telefon ini ditujukan kepada penggemar game yang ingin memiliki telefon berprestasi tinggi pada harga berpatutan.

Siri telefon ini dilengkapi cipset kelas pertengahan yang bagus iaitu Qualcomm Snapdragon 778G untuk vivo T1 5G dan Snapdragon 680 untuk vivo T1x. Bagi menyejukkan komponen dalamannya pula, vivo T1 5G mempunyai sistem penyejukan kamar wap seluas 32,923mm² untuk melesapkan haba dengan lebih pantas.

Siri telefon ini turut mempunyai fungsi Multi-Turbo 5.5 yang menggunakan algoritma AI untuk mengoptimumkan penggunaan cipset, memori, sistem dan kuasa pengkomputeran sewaktu gaming. Bagi menghasilkan getaran sewaktu gaming, telefon ini mempunyai motor linear paksi Z yang boleh hasilkan 4D Game Vibrations untuk meningkatkan pengalaman gaming.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri vivo T1:

vivo T1 5G

vivo T1x

Harga promosi untuk siri vivo T1 hanya boleh dibeli pada 25 April hingga 24 Mei 2022, kemudian ia akan dijual pada harga asal. Anda boleh beli siri vivo T1 di laman web vivo E-store, Shopee atau Lazada.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version