Site icon TechNave BM

vivo T2x bakal dilancar, mungkin miliki cipset Dimensity 1300 dan bateri 6,000mAh

vivo akan melancarkan vivo T2 pada 6 Jun. Berkemungkinan juga, terdapat varian lain yang akan dilancarkan bersama kerana terdapat beberapa laporan mengenai sebuah peranti dengan kapasiti bateri yang besar. Jika khabar angin tersebut benar, peranti yang disebut mungkin adalah vivo T2x dengan bateri 6,000mAh dan cipset MediaTek Dimensity 1300.

Sumber mengatakan bahawa vivo T2x akan menggunakan paparan LCD 6.58 inci dengan potongan lubang tebuk (punch-hole) yang menempatkan kamera swafoto 16MP. Sementara itu, ia membawa dua sensor di bahagian belakang iaitu sensor 50MP dan sensor 2MP. Bateri 6,000mAh pula dikatakan menyokong pengecasan pantas 44W.

vivo T1x

Peranti itu juga akan mempunyai pengimbas cap jari juga bergungsi sebagai butang kuasa di bahagian sisi. Ia mungkin lebih berat dengan 200 gram dan ketebalan 9.2 mm berbanding vivo T1x.

Adakah benar peranti vivo T2x yang bakal dilancar bersama? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version