vivo bakal melancarkan sebuah telefon kelas permulaan yang disifatkan sebagai telefon 5G paling murah daripada jenama itu iaitu vivo T3 Lite 5G. Telefon itu akan dilancar di India pada 27 Jun 2024 jam 12:00 tengah hari IST (2:30 petang waktu Malaysia).
vivo turut menunjukkan rekaan telefon itu dalam sebuah poster, di mana ia akan ditawarkan dalam dua warna iaitu hijau dan hitam. Sebagai peranti murah, ia mempunyai rekaan yang agak asas, dengan bahagian sisi yang rata serta permukaan belakang matte.
Bagi menarik lebih banyak minat terhadap telefon ini, vivo akan memberikan maklumat lanjut mengenainya pada 24 dan 26 Jun kelak. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: vivo India

