Site icon TechNave BM

vivo T3x 5G akan dilancar pada 17 April 2024

vivo bakal melancarkan telefon pintar mampu milik terbaru iaitu vivo T3X 5G di India pada hari Rabu, 17 April 2024. Perkara tersebut telah diumumkan dalam platform media sosial di mana vivo menunjukkan rekaannya serta beberapa spesifikasi asas.

vivo mengatakan telefon ini akan dilengkapi kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 6,000mAh. Selain itu, ia akan turut mempunyai cipset Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1, RAM 8GB dan storan dalaman sekurang-kurangnya 128GB.

Di belakang, ia mempunyai bonggol kamera berbentuk bulat yang menempatkan dua lensa dan satu lampu denyar. Ia akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hijau Celestial Green dan merah Crimson Bliss.

Telefon ini turut mempunyai dwi-pembesar suara stereo untuk pengalaman audio yang lebih menarik. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version