Site icon TechNave BM

vivo TWS Neo dilancarkan di Malaysia: Bateri tahan sehingga 22.5 jam berharga RM359

Terkini, vivo Malaysia Telah melancarkan fon telinga wayarles vivo TWS Neo di pasaran Malaysia. Pelancaran ini sekaligus menambah lagi persaingan penawaran fon telinga dengan spesifikasi yang menarik.

vivo TWS Neo hadir dengan unit pemacu ekstra-besar 14.2mm, transmisi HD berstandard CD dan efek bunyi stereo yang mampu menawarkan pengalaman kualiti bunyi yang baik. Bukan itu sahaja, terdapar ciri latensi serendah 88ms dan sambungan rangkaian yang baik. Ini bermakna vivo TWS Neo menawarkan prestasi yang baik, tiada sela masa sama ada ketika anda membuat panggilan atau ketika gaming.

Apa yang lebih menarik adalah kawalan kelantangan dengan menggunakan ‘Slide Control’ yang lebih mudah. Ciri Find My TWS Neo juga memudahkan anda untuk mengesannya jika ia hilang dari pandangan anda.

Untuk pengetahuan anda, cip Qualcomm T1 yang menjana fon telinga wayarles ini dikatakan mampu membantu menawarkan ketahanan bateri sehingga 22.5 jam (sekali dengan kuasa dari perumah pengecasannya [charging case]). Anda boleh melihat spesifikasi lanjut vivo TWS Neo di laman web rasmi vivo.

vivo TWS Neo hadir dengan pilihan warna Moonlight White dan Starry Blue. Anda boleh mendapatkannya melalui Lazada, Shopee dan vivo Store rasmi.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version