Site icon TechNave BM

vivo umum kolaborasi rasmi dengan ZEISS untuk sistem pengimejan telefon pintar premium

Semalam, vivo mengumumkan kolaborasi rasminya dengan ZEISS untuk sistem pengimejan mudah alih. Peranti pertama hasil daripada kolaborasi rasmi ini adalah siri vivo X60 yang dilengkapi sistem kamera ZEISS.

Sepertinya, teknologi pengimejan ZEISS adalah untuk telefon pintar premium dari vivo sahaja. Melalui kolaborasi ini, vivo ZEISS Imaging Lab akan ditubuhkan untuk program penyelidikan dan pembangunan (R&D) inovasi teknologi pengimejan mudah alih ke atas telefon pintar andalan vivo.

Untuk mempromosikan kolaborasi ini, vivo bakal melancar kempen vivo ZEISS Master Photography yang membenarkan pengguna menggunaka kreativiti fotografi mereka melalui teknologi pengimejan ZEISS.

Anda boleh menyemak berita lepas mengenai spesifikasi siri vivo X60, peranti pertama dengan teknologi pengimejan ZEISS di pautan ini.

Kongsikan pendapat anda mengenai hal ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version