Site icon TechNave BM

vivo V19 akan dilengkapi dwi-kamera hadapan 32 MP untuk selfie yang lebih menawan

Siri telefon pintar vivo V19 akan diumumkan tidak lama lagi. Dalam pada itu, vivo Malaysia hari ini mengesahkan bahawa telefon kelas pertengahan itu akan dilengkapi dwi-kamera hadapan 32MP di mana mereka mengatakan mampu mengambil gambar selfie dengan lebih cantik dan jelas.

vivo Malaysia juga memberi sedikit pratonton tentang ciri kamera hadapan V19 dalam sebuah gambar di laman Facebooknya. Berdasarkan kiriman Facebook ini, mungkin kamera utama V19 akan mempunyai kebolehan fotografi malap (low light) yang bagus.

Rupa dwi-kamera hadapan vivo V19.

Setakat ini masih tiada tarikh rasmi untuk pelancaran vivo V19, tetapi terdapat kemungkinan bahawa ia akan berlaku pada bulan ini. Selain itu, spesifikasinya juga masih tidak diketahui.

Kami akan mengemas kini sebarang berita tentang V19 apabila kami mendapat lebih banyak maklumat. Kongsi ramalan anda tentang spesifikasi vivo V19 di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version