Site icon TechNave BM

vivo V19 dengan kamera quad 48MP akan dilancarkan di Malaysia 23 April ini

Terdahulu, vivo secara rasmi telah melancarkan telefon pintar vivo V19 di Indonesia bermula pada harga 4299000 Rupiah (~ RM1260) untuk 8GB RAM + 128GB ROM varian manakala RAM 8GB + 256GB ROM berharga 4999000 Rupiah (~ RM1466). vivo Malaysia kini mengumumkan bahawa pelancaran vivo V19 di Malaysia akan berlangsung pada 23 April ini, jam 6PM secara dalam talian melalui Facebook Live.

Sepintas lalu, vivo V19 dilengkapi dengan paparan FHD + 6.44 inci dengan resolusi skrin 91.38%. Tetapan kamera dihuni sensor utama AI 48MP + 8MP + 2MP + 2MP dan kamera selfie skrin berlubang di hadapan 32MP. Turut hadir adalah bateri 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas dwi-enjin. Apa pun, spesifikasi ini adalah spesifikasi varian vivo V19 di Indonesia.

Jangan lupa untuk menonton pelancarannya melalui siaran langsung di Facebook! Anda juga mungkin berpeluang memenangi vivo V19! Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita pelancara telefon pintar terkini.

Exit mobile version