Site icon TechNave BM

vivo V19 dilancarkan di Malaysia: Snapdragon 712 dan dwi-kamera ‘selfie’ 32MP berharga RM1699

Terdahulu, vivo telah melancarkan vivo V19 di negara jiran, Indonesia pada Mac lalu. vivo Malaysia kini melancarkan vivo V19 di Malaysia dengan penawaran spesifikasi menarik termasuklah dwi-kamera selfie 32MP dan sokongan pengecasan pantas vivo FlashCharge 2.0.

vivo V19 hadir di Malaysia dengan cipset Qualcomm Snapdragon 712. Cipset ini adalah berbeza berbanding variannya di Indonesia. Tampil dengan pilihan RAM 8GB dan ROM 128GB, kapasiti bateri 4500mAh turut disokong pengecasan pantas vivo FlashCharge 2.0 yang mampu mengecas sehingga 70% dalam masa 40 minit. Apa yang menariknya, peranti ini dilengkapi dwi-kamera selfie 32MP dan lensa ultra lebar 8MP yang mampu melebarkan tangkapan kamera hadapan sehingga 105 degree.

Spesifikasi dan ciri teknologi vivo V19:

Untuk pembelian, anda boleh mula menempahnya di beberapa platform seperti laman web rasmi vivo, Lazada dan pengedar sah vivo. Anda juga bakal mendapat beberapa tawaran menarik melalui pra jualan vivo V19 seperti yang tertera pada poster yang dipaparkan di atas.

Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook! Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi dan pelancaran telefon pintar terkini.

Exit mobile version