Site icon TechNave BM

vivo V19 Neo dilancarkan: Snapdragon 675, Super AMOLED 6.44 inci dan kamera 48MP berharga ~RM1,530

Tidak lama selepas pelancaran vivo V19 beberapa bulan lalu, kini vivo melancarkan varian terbaru dalam siri tersebut iaitu vivo V19 Neo. Telefon pintar kelas pertengahan itu dilengkapi cipset Snapdragon 675 dan skrin Super AMOLED Ultra O berukuran 6.44 inci dengan resolusi Full HD+.

Daripada segi memori, ia dilengkapi RAM 8GB dan storan 128GB. Di bawah skrin, terdapat pengimbas cap jari untuk pengesahan biometrik. Untuk bateri, V19 Neo mempunyai bateri 4,500mAh dengan pengecasan 18W.

Daripada sudut fotografi, ia mempunyai empat kamera belakang merangkumi kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Untuk kamera selfie, ia mempunyai sebuah kamera punch hole 32MP.

Beza utama V19 Neo dengan V19 adalah pada cipset, kamera hadapan dan pengecasannya. Daripada segi cipset, V19 mempunyai Snapdragon 712 manakala V19 Neo mempunyai Snapdragon 675. Daripada segi kamera hadapan, V19 mempunyai dua kamera manakala V19 Neo hanya mempunyai satu. Daripada segi pengecasan, V19 mempunyai pengecasan 33W manakala V19 Neo adalah 18W.

Ia akan dijual di Filipina pada harga ₱17,999 (~RM1,530). Masih tiada maklumat jika V19 Neo akan dipasarkan di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version