Terdahulu, vivo telah melancarkan tiga model terbaru dalam siri vivo V20; V20, V20 Pro dan V20 SE. Kelibat dua ahli baharu dalam keluarga siri vivo V20 kini dilihat muncul di agensi produk di China (TENAA).
Sebenarnya, nama vivo V20 Lite adalah nama yang dicadangkan sahaja memandangkan ia muncul dengan nombor model seakan sama dengan siri V20 lain, iaitu V2031A dan V2034A.
Model V2031A memiliki spesifikasi skrin AMOLED 6.44 inci FHD+ yang sama dengan vivo V20 Pro dan vivo V20 SE, tetapi dengan sensor kamera lebih rendah (48MP + 8MP + 2MP) dan kamera swafoto 16MP. Ia juga hadir dengan cipset Octa-Core 2.0GHz, RAM 6GB/8GB, storan 128GB, bateri 4020mAh dan cas pantas 18W.
Untuk model V2034A pula, ia dijana cipset 4G dengan skrin 6.52 inci AMOLED HD+, kamera utama 13MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto 8MP. Ia juga hadir dengan RAM 4GB/6GB/8GB dan storan 64GB/128GB.
Berdasarkan maklumat di atas, jelas kelihatan bahawa spesifikasinya adalah lebih rendah berbanding model-model V20 yang dilancarkan sebelum ini, Oleh itu, sumber berpendapat bahawa ia mungkin adalah peranti yang lebih mesra poket yang bakal dilancarkan di China dahulu dalam waktu terdekat.
Apakah pendapat anda mengenai peranti mesra poket vivo ini? Adakah ianya berbaloi? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

