Site icon TechNave BM

vivo V20 SE bakal dilancar di Malaysia: Kamera utama 44MP, dua kamera swafoto

Baru-baru ini, ura-ura baharu telah tular di Internet mengenai kemunculan telefon pintar baharu dari vivo. Siri baru ini didakwa sebagai siri V20; vivo V20, vivo V20 Pro dan vivo V20 SE. Terkini, vivo Malaysia sendiri telah mengumumkan bahawa vivo V20 SE bakal dilancarkan di pasaran tempatan pada akhir bulan September 2020.

Untuk pengetahuan anda, vivo V20 SE telah pun melepasi kelulusan SIRIM. Lebih menarik, peranti ini diberi jolokan sebagai peranti kelas pertengahan berfokuskan ‘mobilegraphy’ atau kamera beresolusi tinggi. Menurut vivo, vivo V20 SE adalah peranti edisi khas dari mereka yang menawarkan teknologi kamera swafoto yang inovatif.

Terdapat sumber tidak rasmi yang memuat naik gambar rekaan siri vivo V20 dan keratan poster yang memaparkan ciri kamera utama 44MP. Anda boleh lihat melalui gambar di bawah.

Di sisi yang lain, maklumat tidak rasmi menyatakan bahawa peranti siri vivo V20 mungkin hadir dengan janaan cipset Snapdragon 665 dan RAM sehingga 8GB.

Apakah ramalan dan harapan anda terhadap siri vivo V20, terutama vivo V20 SE yang bakal hadir di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version