Site icon TechNave BM

vivo V21 5G Exclusive Edition dilancar di Malaysia: Telefon dengan kamera swafoto OIS berharga RM1,899

Selepas memperkenalkan siri telefon pintar kelas pertengahan vivo V21 pada bulan lalu, vivo Malaysia akan meluaskan lagi pilihan produk itu dengan pelancaran vivo V21 5G Exclusive Edition pada hari ini dan dijual pada harga bermula RM1,899.

Selain menyokong rangkaian 5G, telefon ini dilengkapi teknologi Extended RAM 8GB+3GB yang meluaskan lagi RAM 8GB asal kepada 11GB, dengan mengambil 3GB daripada storan dalaman untuk dijadikan sebagai RAM tambahan. Telefon ini dilengkapi bateri 4,000mAh, pengecasan pantas 33W dan akan ditawarkan dalam warna Sunset Dazzle dan Dusk Blue.

Telefon ini menampilkan fungsi khas untuk penggemar swafoto, dengan kamera hadapan 44MP yang dilengkapi penstabilan imej optikal (OIS) bagi membantu pengguna mengambil gambar swafoto dengan lebih cantik. Ia juga mempunyai dwi-lampu Dual Selfie Spotlight yang menerangkan muka pengguna sewaktu mengambil swafoto dalam suasana malap.

Bagi mempromosi vivo V21 5G Exlusive Edition, vivo Malaysia telah bekerjasama dengan jenama fesyen Kit Woo, Neonate, Cassey Fan dan Eversince untuk menghasilkan pakaian istimewa bertemakan rekaan telefon tersebut. Pakaian-pakaian ini akan dihadiahkan kepada penonton bertuah yang menonton pelancaran vivo V21 5G Exclusive Edition.

Pelancaran vivo V21 5G Exlusive Edition di Malaysia akan disiarkan secara langsung di Facebook dan YouTube rasmi vivo Malaysia pada hari ini jam 6:00 petang. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version