Site icon TechNave BM

vivo V21 5G muncul di pensijilan Indonesia, bakal masuki Malaysia tidak lama lagi?

Sebelum ini, vivo telah melancarkan siri vivo V20 yang terdiri dari vivo V20 dan V20 Pro pada bulan Oktober lalu. Kini, mereka dilihat sedang dalam proses untuk melancarkan generasi baru siri tersebut dengan vivo V21 5G.

vivo V21 5G dilihat telah muncul di pensijilan Indonesia dengan nombor model V2050. Ini menandakan bahawa peranti ini akan dilancarkan tidak lama lagi. vivo V21 5G mungkin akan menggunakan cipset Snapdragon siri 7 sama seperti vivo V20. Disebabkan peranti ini menyokong 5G, ia mungkin akan menggunakan cipset Snapdragon 768G atau 780G.

vivo V20
vivo V21 5G di pensijilan Indonesia

Mengikut sumber, peranti ini akan hadir dengan tiga kamera belakang iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP. Pada bahagian depan, ia dikatakan akan hadir dengan kamera swafoto 44MP.

vivo V21 5G mungkin akan dilancarkan bersama model yang lain seperti V21 Pro dan V21 SE.

Adakah peranti ini bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi? Nantikan berita lanjut mengenai kehadiran peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version