Site icon TechNave BM

vivo V21 Artic White dilancar di Malaysia: Berharga RM1,599 dengan hadiah percuma bernilai RM445

Pada bulan April lalu, vivo Malaysia telah melancarkan telefon pintar vivo V21 dan V21e. Kini, mereka telah melancarkan sebuah edisi istimewa Artic White dan ianya hadir dengan stok yang terhad.

Peranti edisi istimewa ini berwarna putih dan dijual pada tanda harga RM1,599. Jika anda membeli peranti ini, anda akan mendapat hadiah percuma bernilai RM455 iaitu tambahan waranti dan ketahanan skrin retak selama 1 tahun dan pengering rambut Khind. Promosi ini akan bermula pada 10 Julai sehingga 31 Julai 2021.

Untuk mengingatkan anda, vivo V21 dilengkapi dengan kamera swafoto 44MP dengan penstabilan imej optik (OIS) bersama ciri Dual Selfie Spotlight. Ia juga mempunyai bateri 4,000mAh, RAM 8GB (tambahan 3GB), storan 128GB dan lebih lagi.

vivo V21 Arctic White Special Edition boleh didapati di semua kedai konsep vivo, pembekal rasmi vivo, vivo E-store dan kedai dalam talian vivo di Shopee dan Lazada bermula 10 Julai ini.

Adakah anda bakal membeli peranti istimewa ini? Berikan komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version