Site icon TechNave BM

vivo V21 dan V21e sah masuki pasaran Malaysia 27 April ini!

Tidak lama yang lalu, vivo Malaysia telah mula memuat naik halaman peranti siri vivo V21 di laman web rasmi mereka. Pada hari ini, vivo Malaysia mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon siri vivo V21 pada 27 April ini.

Siri vivo V21 hadir dengan kamera swafoto 44MP yang dilengkapi ciri penstabilan imej optik dan mod malam khas untuk gambar malap yang lebih cantik. Selain itu, kamera swafotonya juga turut hadir dengan ciri Dual Selfie Spotlight dan Screen Spotlight yang dapat menambah baik kecerahan dan kualiti gambar yang dihasilkan.

vivo V21 juga dilengkapi RAM 8GB dengan tambahan RAM 3GB (extended RAM) yang dapat meningkatkan pretasinya. Untuk cipset, ia dijangka akan menggunakan cipset siri Snapdragon 700 (mungkin Snapdragon 768G atau Snapdragon 780G).

Untuk siri kali ini, artis tempatan Mira Filzah diumumkan sebagai duta rasminya.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version