Site icon TechNave BM

vivo V21 disenaraikan dalam laman web vivo Malaysia, dilengkapi RAM 8GB+3GB

Pada minggu lepas, kami sudah pun melaporkan tentang telefon pintar vivo V21 5G yang mendapat pengiktirafan Indonesia dan kini peranti itu sudah pun disenaraikan dalam laman web rasmi vivo Malaysia dengan beberapa spesifikasi utama.

vivo mengatakan V21 5G ini bakal menjadi telefon 5G ternipis oleh jenama tersebut, di mana telefon itu akan mempunyai permukaan yang diperbuat daripada gelas dan ditawarkan dalam dua pilihan warna. Di bahagian depan, ia dilengkapi kamera swafoto 44MP Super Night Selfie System dengan penstabilan imej optikal (OIS).

Di belakang pula, ia mempunyai tiga kamera termasuk kamera utama 64MP Night Camera dengan OIS untuk rakaman yang lebih stabil. Dua lagi kamera yang mendampingi kamera utama mungkin adalah kamera ultra-lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP.

Untuk spesifikasi dalaman, vivo mengatakan V21 5G bakal dilengkapi RAM 8GB dengan tambahan RAM 3GB (extended RAM) untuk meningkatkan prestasi telefon. Daripada segi cipset pula, telefon ini dijangka akan dilengkapi cipset daripada siri Snapdragon 700 yang menyokong rangkaian 5G, iaitu sama ada Snapdragon 768G atau Snapdragon 780G.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: vivo Malaysia

Exit mobile version