Site icon TechNave BM

vivo V23 5G dilancar di Malaysia: Dwi-kamera swafoto, Dimensity 920, AMOLED 90Hz berharga RM2,099

Pada hari ini, vivo Malaysia telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu vivo V23 5G. Telefon ini mengetengahkan fungsi unik pada kamera swafotonya di mana ia dilengkapi dua kamera swafoto dan ia turut didampingi oleh dua lampu kilat (flash).

Kamera swafoto itu terdiri daripada kamera swafoto utama 50MP dengan ISOCELL 3.0 untuk menangkap lebih banyak cahaya persekitaran, manakala satu lagi adalah kamera swafoto 8MP yang mempunyai sudut penglihatan lebih luas iaitu sebanyak 105°.

Lampu kilat itu mempunyai tiga pilihan warna di antara putih Cold White dan kuning Warm Yellow, dan ia memudahkan pengguna untuk menerangkan muka sewaktu mengambil swafoto atau merakam vlog. Ia boleh merakam video HDR Selfie Video dalam resolusi 4K pada kadar 30fps.

Untuk kamera di belakang pula, ia terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dengan sudut penglihatan 120° dan kamera makro 2MP.

Badan vivo V23 5G pula mempunyai gelas yang boleh bertukar warna (Colour Changing Glass) di mana warnanya akan nampak berlainan jika ia disengetkan sedikit. Selain itu, warnanya juga akan berubah jika ia disuluh dengan cahaya ultra-ungu (UV).

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk vivo V23 5G:

vivo V23 5G boleh dibeli dari laman web rasmi vivo Malaysia, Shopee atau Lazada. vivo Malaysia juga akan menganjurkan promosi istimewa pada 14 hingga 16 Januari 2022, di mana pelanggan vivo V23 5G layak menerima hadiah percuma berjumlah RM668 seperti vivo TWS 2e, Perlindungan Retak Skrin 1 Tahun dan Waranti Lanjutan 1 Tahun

Selepas itu, pelanggan yang membeli vivo V23 5G pada 17 Januari hingga 14 Februari 2022 pula akan menerima pembersih vakum tanpa wayar, Perlindungan Retak Skrin 1 Tahun dan Waranti Lanjutan 1 Tahun.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo V23 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version