Site icon TechNave BM

Siri vivo V23e dilancar di Malaysia: Dimensity 810, AMOLED 6.44”, kamera 50MP bermula RM1,399

Hari ini, vivo Malaysia telah melancarkan dua model baharunya iaitu vivo V23e dan vivo V23e 5G. vivo V23e dilengkapi MediaTek G96 manakala V23e 5G ini dilengkapi dengan cipset MediaTek Dimensity 810 dan kedua-dua telefon ini mempunyai RAM 8GB yang boleh ditambah 4GB melalui pengembangan RAM menghasilkan jumlah keseluruhan kepada 12GB.

Ia memiliki reka bentuk yang premium dengan warna yang menarik. Badannya mempunyai ketebalan 7.36mm dan berat 172g. Baterinya mempunyai kapasiti 4,050mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W FlashCharge. Dengan 44W FlashCharge tersebut, ia boleh mengecas sehingga 69% dalam masa 30 minit sahaja.

Skrinnya menggunakan teknologi FHD+ AMOLED dengan resolusi 2,400 x 1080 piksel berukuran 6.44 inci. Ia juga dilengkapi paparan antara muka FunTouch OS 12 beroperasi atas sistem Android. Bahagian kameranya mempunyai keistimewaan daripada segi penghasilan gambar.

Kamera swafoto V23e 4G memiliki resolusi 50MP manakala V23e 5G memiliki resolusi 44MP dan kedua-duanya mempunyai teknologi Natural Potrait dan beberapa ciri tambahan lain iaitu Ultra Clear Images serta Fun Potraits. Bahagian belakang V23e 5G dilengkapi kamera utama 50MP + ultra-lebar 8MP + makro 20MP manakala V23e 4G dilengkapi kamera utama 64MP + ultra-lebar 8MP + makro 2MP.

Untuk pengetahuan, vivo V23e terdapat dalam model edisi khas iaitu edisi Sunshine Coast yang mana ukurannya lebih tebal sedikit dengan model standard. Ketebalannya adalah kerana terdapat perbezaan daripada segi perlindungan cat.

Senarai lengkap spesifikasi vivo V23e:

Senarai lengkap spesifikasi vivo V23e 5G:

vivo V23e 4G dijual pada harga RM1,399 manakala V23e 5G dijual pada harga RM1,599. Terdapat promosi pra-tempahan jika anda berminat untuk membelinya dan pra-tempahan dibuka sehingga 17 Disember ini. Dengan setiap tempahan, anda boleh menikmati hadiah eksklusif bernilai RM 559 untuk V23e 5G dan RM 459 untuk V23e.

Selain itu, terdapat juga hadiah menarik jika anda membeli vivo V23e 5G di atas talian seperti E-Store, Shopee dan Lazada, Chan Furniture, Courts, Harvey Norman, Lulu, Senheng, Sentriq, senQ, Thundermatch serta Urban Republic. Hadiah yang bakal disediakan ialah Automatic Soap Dispenser Gift Box, penambahan satu tahun jaminan dan satu tahun keretakan skrin berjumlah RM518.  

Sementara itu, kepada pembeli yang membeli peranti ini melalui stor konsep, anda berpeluang mendapatkan jam penggera pembesar suara Bluetooth yang mempunyai LED, tumbler, langganan premium VIU TV selama sebulan, satu tahun penambahan jaminan dan satu tahun jaminan keretakan skrin bernilai RM 559. Untuk V23e 4G, anda akan menikmati penambahan satu tahun jaminan, satu tahun jaminan keretakan skrin dan beg galas bernilai RM459.

Pelanggan layak menerima tawaran tambahan apabila membuat pra-pesanan kedua-dua peranti di vivo Malaysia E-stores termasuk tawaran pembelian-dengan-pembelian untuk membawa pulang siri vivo TWS 2 pada diskaun 50% dan tawaran harian termasuk Pembesar Suara Bluetooth, baucar GrabFood, baucar Shopee/Lazada dan Fon Kepala Wayarles.

Untuk maklumat lanjut tentang vivo V23e 5G terbaharu, sila layari laman web vivo Malaysia atau halaman Facebook rasmi vivo Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version