Site icon TechNave BM

vivo V25 bakal dilancar pada 17 Ogos 2022, mungkin terdiri daripada 3 varian

vivo bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan vivo V25 pada 17 Ogos 2022 di India. Mereka tidak berkongsi banyak maklumat mengenai telefon tersebut, namun ia dikhabarkan bakal terdiri daripada tiga varian utama iaitu vivo V25, vivo V25 Pro dan vivo 25e.

Beberapa gambar yang menunjukkan rekaan vivo V25 dan vivo V25e juga telah tertiris di mana ia mempunyai dua pilihan warna iaitu emas Sunshine Gold dan hitam Diamond Black. Untuk vivo V25 Pro pula, ia bakal mempunyai permukaan belakang yang boleh bertukar warna.

Spesifikasi untuk vivo V25e dikhabarkan adalah skrin AMOLED FullHD+ 6.44 inci, cipset Snapdragon 720G, RAM 8GB, storan 128GB, bateri 4,500mAh serta kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera swafoto 44MP

Untuk vivo V25 pula, ia mungkin mempunyai skrin AMOLED FullHD+, cipset MediaTek Dimensity 900, RAM 8GB, pengecasan pantas 44W, kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar dan sensor kedalaman.

Sementara itu, vivo V25 Pro pula mungkin dilengkapi spesifikasi tercanggih iaitu cipset Dimensity 1300, skrin 120Hz, bateri 4,830mAh, pengecasan pantas 66W, kamera utama 64MP dengan fungsi Super Night Mode dan kamera swafoto Eye AF 3MP.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version