Site icon TechNave BM

vivo V25 Pro 5G akan dilancar di Malaysia pada 20 September 2022

Selepas melancarkan telefon pintar vivo V25 dan vivo V25e pada bulan lalu, vivo Malaysia akan melancarkan sebuah lagi varian baharu dalam siri telefon itu pada hari Selasa, 20 September 2022 iaitu vivo V25 Pro 5G.

Buat masa ini, tiada maklumat spesifikasi atau rekaan yang diberikan mengenai peranti tersebut. Sebelum ini, ia telah pun dilancar untuk pasaran antarabangsa di mana ia dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 1300, skrin AMOLED 120Hz 6.56 inci, bateri 4,830mAh, pengecasan pantas 66W dan sistem operasi Android 12.

Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 12MP, kamera makro 2MP dan kamera hadapan 32MP. Ia ditawarkan dalam warna hitam Pure Black dan biru Sailing Blue.

Secara keseluruhannya, vivo V25 Pro menampilkan spesifikasi yang lebih canggih berbanding vivo V25 dan vivo V25e, jadi kita boleh menjangakakan harganya sekitar RM2,000.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo V25 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version