Site icon TechNave BM

vivo V25 Pro 5G dilancar di Malaysia: OLED 6.56″, Dimensity 1300, kamera 64MP bermula RM2,499

Selepas melancarkan vivo V25 5G pada beberapa minggu lalu, vivo Malaysia pada hari ini telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan yang terbaru iaitu vivo V25 Pro 5G. Telefon ini menampilkan rekaan luaran yang sangat unik, manakala spesifikasi dalamannya lengkap dengan komponen yang sesuai untuk telefon kategori ini.

Badan vivo V25 Pro mempunyai gelas yang boleh bertukar warna jika ia didedahkan kepada cahaya ultra-ungu (ultraviolet, UV). Bahagian belakangnya juga dibuat dengan kaca Fluorite AG dengan sudahan matte dan ditawarkan dalam warna hitam Starlight Black serta biru Surfing Blue.

vivo V25 Pro turut menampilkan beberapa fungsi unik untuk kamera, seperti kamera utama 64MP dengan penstabilan imej optikal (OIS), Super Night Portrait, Bokeh Flare Portrait, Super Night Video, Vlog Movie dan banyak lagi.

Untuk spesifikasi dalaman pula, ia mempunyai cipset MediaTek Dimensity 1300 dengan nod proses 6nm untuk prestasi yang hampir dengan cipset andalan, RAM lanjutan (extended RAM) sebanyak 8GB dan kadar pengecasan pantas 66W FlashCharge.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk vivo V25 Pro 5G:

Anda boleh membelinya melalui semua kedai konsep vivo, pengedar sah, vivo E-Store Malaysia, PG Mall, Go Shop, TikTok, Shopee and Lazada. Dari 24 September hingga 23 Oktober 2022, pelanggan yang membeli vivo V25 Pro layak menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM697 termasuk Foome TWS Earbuds bernilai RM199, jaminan lanjutan 1 tahun bernilai RM199 dan perlindungan skrin 1 tahun bernilai RM299.

Sebagai tambahan kepada vivo V25 Pro, vivo juga mengeluarkan fon telinga wayarles vivo TWS Air berharga RM179 yang tersedia dalam warna Bubble White dan Pebble Blue.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo V25 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version