Site icon TechNave BM

vivo V27 akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi

Selepas melancarkan telefon kelas pertengahan vivo V27e pada awal bulan ini, vivo Malaysia akan memperkenalkan varian yang seterusnya pula iaitu vivo V27 dalam masa terdekat.

vivo V27 bakal menawarkan warna hijau Emerald Green dengan kaca yang berkilauan di belakangnya, untuk memberikan penampilan yang premium. Ia turut dilengkapi beberapa ciri kamera khas, termasuklah sensor Sony IMX766V yang kerap dilengkapi dalam telefon kelas andalan (flagship).

Seperti vivo V27e, kameranya bakal mempunyai cahaya Aura Light Portrait untuk menghasilkan cahaya terang sewaktu pengguna mengambil gambar mod potret.

Setakat ini vivo Malaysia masih belum mengumumkan tarikh pelancaran untuk vivo V27. Jika dilihat pada varian yang dilancar untuk pasaran antarabangsa, ia dilengkapi skrin AMOLED 120Hz FHD+ 6.78 inci, cipset MediaTek Dimensity 7200, kamera 50MP+8MP+2MP, bateri 4,600mAh dan pengecasan pantas 66W.

Ikuti laman Facebook vivo Malaysia untuk berita terkini mengenai vivo V27. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version