Site icon TechNave BM

vivo V27e dilancar di Malaysia: Kamera OIS 64MP, skrin AMOLED 120Hz, cas pantas 66W berharga RM1,299

Pada hari ini, vivo Malaysia telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan vivo V27e yang mengetengahkan kameranya, di mana ia menawarkan mod potret canggih dalam situasi malap. Selain fungsi kamera yang menarik, spesifikasinya agak canggih untuk sebuah telefon kelas pertengahan.

vivo mengatakan telefon ini dilengkapi ciri Potret Cahaya Aura yang boleh menghasilkan gambar potret yang lebih jelas daripada telefon lain, terutamanya dalam waktu malam. Mod potret telefon ini turut meningkatkan tekstur kulit, fokus, pencahayaan dan penstabilan.

Di samping itu, kamera utama Ultra-Sensing 64MP menawarkan pendedahan cahaya yang lebih lama dan meningkatkan pengambilan cahaya sebanyak enam kali ganda untuk kualiti gambar yang lebih cantik dalam suasana malap. Di hadapan, kamera swafoto 32MP membenarkan pengambilan gambar mod potret yang jelas.

Sewaktu merakam video, vivo V27e mempunyai penstabilan imej optikal (OIS) dan elektrikal (EIS) bagi menstabilkan sebarang gerakan untuk video yang lebih lancar dan jelas. Ia turut mempunyai ciri Vlog Movie Creator yang boleh menyunting video dengan 26 templat efek untuk suntingan yang ringkas.

Daripada segi rekaan, telefon ini mempunyai hiasan bulu merak di bahagian belakang dan ditawarkan dalam dua warna iaitu ungu Lavender Purple dan hitam Glory Black.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk vivo V27e:

vivo V27e akan dijual pada harga RM1,299 dan boleh didapati dari semua kedai konsep vivo, pengedar sah, E-Store rasmi vivo Malaysia dan platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan TikTok.

Pada 4 Mac hingga 4 April, pelanggan yang membeli vivo V27e akan menerima hadiah percuma bernilai RM666, termasuklah tag pintar bernilai RM69, pembesar suara Bluetooth bernilai RM99, jaminan lanjutan 1 tahun dan perlindungan skrin 1 tahun.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki vivo V27e dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version