Site icon TechNave BM

vivo V27e muncul pada laman SIRIM, bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi

vivo dijangka akan melancarkan telefon pintar siri vivo V27 untuk pasaran global tidak lama lagi dan baru-baru ini vivo telah mengeluarkan pengacah baharu untuk peranti itu. Ini bermakna pelancaran boleh berlaku dalam beberapa hari akan datang. Peranti V27, V27 Pro dan V27e dalam siri ini akan dijenamakan semula daripada siri vivo S16 dalam pasaran China.

vivo V27e telah dilihat di laman web pensijilan SIRIM yang mengesahkan bahawa peranti itu akan dilancarkan di Malaysia. Penyenaraian tidak mendedahkan apa-apa mengenai spesifikasi namun disahkan bahawa peranti ini akan mempunyai nombor model V2237.

Terdapat beberapa spesifikasi vivo V27e yang didedahkan melalui penyenaraian Google Play Console baru-baru ini. Menurut penyenaraian, peranti itu akan mempunyai paparan 1080 x 2400 piksel dengan ketumpatan piksel 440 ppi. Paparan mungkin akan menjadi panel AMOLED bersaiz 6.62 inci dan menawarkan kadar penyegaran semula sehingga 120Hz.

vivo V27e akan mempunyai cipset MediaTek MT6789 yang juga dikenali sebagai Helio G99. Ini adalah cipset 4G berasaskan 6nm yang dikeluarkan oleh TSMC. Untuk kamera, ia dijangka menggunakan sensor utama 50MP, lensa makro 2MP dan kamera kedalaman 2MP. Terdapat juga kamera swafoto 16MP.

Kami masih menunggu kenyataan rasmi vivo Malaysia mengenai ketersediannya dalam pasaran tempatan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo V27e dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version