Site icon TechNave BM

vivo V29 5G akan dilancar di Malaysia pada 20 September 2023

Pada minggu lalu, vivo mengesahkan bahawa telefon pintar kelas pertengahan vivo V29 5G akan dilancar untuk pasaran Malaysia. Kini, syarikat teknologi itu mengumumkan tarikh pelancarannya untuk pasaran tempatan iaitu pada hari Rabu, 20 September 2023.

vivo V29 5G menawarkan beberapa fungsi baharu untuk fotografinya seperti cahaya Aura Light 2.0 yang meningkatkan kualiti gambar potret yang diambil dalam suasana malap, serta Smart Colour Temperature Adjustment untuk melaraskan warna supaya gambar selfie anda nampak lebih natural.

vivo V29 5G akan ditawarkan dalam warna ungu Starry Purple. Tiada maklumat lanjut yang disediakan oleh vivo Malaysia, namun sebelum ini ia telah dilancar di China dan ia dilengkapi skrin AMOLED 120Hz 6.78 inci, cipset Snapdragon 778G, bateri 4,600mAh dan pengecasan pantas 80W.

Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP dengan penstabilan imej optikal (OIS), kamera ultra-lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP. Di hadapan, ia mempunyai kamera swafoto 50MP.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version