Site icon TechNave BM

vivo V29 5G dalam warna merah jambu bakal tiba!

Pada September lepas, vivo Malaysia telah melancarkan sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang difokuskan untuk fotografi mod potret iaitu vivo V29 5G. Ia mempunyai lampu Aura Light Portrait 2.0 di belakangnya yang boleh membantu pengguna mengambil gambar mod potret yang jelas dalam situasi malap.

Buat sementara ini, telefon ini mempunyai corak glitter dan warna Starry Purple yang menampilkan dwi-tona putih dan ungu. Warna hitam Noble Black pula menampilkan warna hitam penuh. Kini, vivo telah umumkan bahawa vivo V29 5G akan hadir dalam warna merah jambu tidak lama lagi.

Berdasarkan halaman rasmi Facebook vivo, bahagian belakang peranti itu kelihatan seperti mutiara berwarna merah jambu menampakkan ia premium dan elegan. Kami masih tidak pasti tarikh keluaran versi merah jambu ini tetapi kami menjangkakan ia akan dilihat sebelum berakhirnya bulan November 2023.

Adakah anda ingin menukar telefon anda kepada warna merah jambu? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version