Site icon TechNave BM

vivo V29 5G dilancar di Malaysia: Kamera 50MP Aura Light 2.0, cas pantas 80W, Snapdragon 778G bermula RM1,899

Pada hari ini, vivo Malaysia telah melancarkan sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang difokuskan untuk fotografi mod potret iaitu vivo V29 5G. Satu ciri unik pada telefon ini adalah ia dilengkapi lampu Aura Light Portrait 2.0 di belakangnya yang boleh membantu pengguna mengambil gambar mod potret yang jelas dalam situasi malap.

Berlainan dengan vivo V27 5G sebelum ini, Aura Light dalam vivo V29 5G mempunyai warna yang boleh berubah bagi menghasilkan cahaya yang tepat untuk pelbagai situasi cahaya persekitaran dan tona kulit. Ini berbeza dengan lampu denyar (flash) LED yang biasa kerana Aura Light berfungsi sebagai fill light dan tidak menghasilkan cahaya yang terlalu terang.

Daripada segi rekaan, telefon ini mempunyai bahagian sisi yang melengkung dan rangka besi yang berkilauan. Di belakang, ia mempunyai corak glitter dan warna Starry Purple yang menampilkan dwi-tona putih dan ungu. Warna hitam Noble Black pula menampilkan warna hitam penuh.

Spesifikasi dalamannya juga agak canggih, dengan cipset Qualcomm Snapdragon 778G 5G, RAM 12GB dan storan dalaman 256GB atau 512GB. Baterinya berkapasiti 4,600mAh dan menyokong pengecasan pantas yang agak tinggi iaitu 80W.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk vivo V29 5G:

Pelanggan awal akan menerima pelbagai hadiah menarik bernilai RM995, termasuklah waranti vivo Care 1+1 (bernilai RM199), perlindungan skrin selama setahun bernilai (RM399), fon telinga wayarles (bernilai RM259), sarung perlindungan (bernilai RM69) dan pelindung skrin (bernilai RM69).

Pra-tempahan akan dibuka bermula esok, manakala jualan pertama akan berlangsung pada 28 September 2023. Untuk pembelian dalam talian, ia boleh dibuat di vivo Malaysia e-store, Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Pra-tempahan yang dibuat pada 21 September sahaja di vivo Concept Store terpilih akan menerima pengembangan storan secara percuma. Kedai-kedai vivo ini terdapat di Pavilion KL, KL East Mall, KL Mid Valley, Sunway Pyramid, Gurney Plaza dan Johor Mid Valley Southkey.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo V29 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version