Site icon TechNave BM

vivo V30 dikesan dalam pensijilan SIRIM, bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi

vivo Filipina telah membina halaman khas untuk siri vivo V30 yang dinantikan sebagai telefon pintar kelas pertengahan di laman web rasminya, memberi petanda pelancarannya yang bakal tiba. Ia terdiri daripada V30 standard dan model Pro.

Walaupun tarikh pelancaran rasmi masih dirahsiakan, terdapat petunjuk kuat bahawa siri ini akan segera membuat kemunculan di Malaysia. Spekulasi ini semakin meyakinkan kerana varian asas yang dikenali dengan nombor model V2318 telah mendapatkan pensijilan SIRIM sebulan yang lalu pada 29 Disember 2023.

Terdapat juga spekulasi yang mengatakan bahawa ia merupakan versi yang diubahsuai atau jenama semula daripada siri S18 yang diperkenalkan di China. Jika spekulasi ini betul, V30 boleh mempunyai paparan AMOLED 1080p sebesar 6.78 inci, dengan kadar segar seula 120Hz dan kecerahan puncak 2,800 nits.

Di bahagian dalam, peranti ini mungkin akan dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3, bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W. Varian Pro pula mungkin menggunakan cipset MediaTek Dimensity 8200+. Untuk bahagian kamera, ia dijangkan membawa sensor utama 50MPn, ultra-lebar 8MP dan kamera hadapan 50MP.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version