Site icon TechNave BM

vivo V30 dilancar: SD 7 Gen 3, tri-kamera 50MP dan bateri 5,000mAh

vivo V30 telah dilancarkan secara rasmi, memulakan pelancaran globalnya. Untuk makluman anda, telefon baharu ini menampilkan Snapdragon 7 Gen 3 sambil memaparkan skrin AMOLED 6.78 inci dengan resolusi 1260p dan kecerahan puncak 2,800 nits. Telefon ini juga beroperasi pada sistem FunTouch 14 (Android 14), pemproses 4nm dengan CPU okta-teras 2.63 GHz dan GPU Adreno 720.

Daripada segi kamera, telefon ini mempunyai tri-kamera belakang termasuk sensor OmniVision OV50E 50MP, sensor 50MP dengan autofokus dan kamera swafoto 50MP. Menariknya, ia turut menawarkan sensor cap jari di dalam skrin.

Selain itu, telefon ini mempunyai hayat bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W. Telefon ini hadir dalam empat konfigurasi iaitu 8/128GB, 8/256GB, 12/256GB dan 12/512GB. Ia juga terdapat dalam empat warna seperti Bloom White, Waving Aqua, Lush Green dan Noble Black.

Kami masih belum mendapat sebarang pengesahan spesifikasi teknologi lain atau tarikh keluaran untuk pasaran Malaysia. Jadi, kita perlu menunggu pengesahan lanjut daripada vivo Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version