Site icon TechNave BM

vivo V40 Lite 5G dilancar di Malaysia: Cas pantas 80W, AMOLED 120Hz, kamera Aura Light bermula RM1,299

Selepas melancarkan siri vivo V40 pada bulan Ogos lalu, kini vivo Malaysia melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru dalam siri tersebut iaitu vivo V40 Lite 5G. Telefon ini merupakan varian termurah dalam siri vivo V40 dan ia menampilkan pelbagai spesifikasi menarik untuk harganya, namun ia tidak dilengkapi teknologi kamera ZEISS seperti vivo V40 Pro.

vivo Malaysia mengiklankan telefon ini dengan slogan “Chill Lah 4 Tahun”, di mana syarikat itu mengatakan baterinya masih boleh mengekalkan kapasiti dan tempoh penggunaan yang sama sepanjang empat tahun.

Telefon ini mempunyai kapasiti bateri 5,000mAh yang menyokong kadar pengecasan sangat tinggi iaitu 80W FlashCharge. Ini adalah kadar pengecasan pantas yang sama dengan semua varian vivo V40, dan membuatkan vivo V40 Lite mempunyai kadar pengecasan yang jauh lebih tinggi berbanding telefon-telefon lain yang lebih mahal.

Selain itu, ia mempunyai RAM fizikal 8GB dengan beberapa fungsi seperti Pelanjutan RAM (RAM Extension) sehingga 16GB lagi, Penjimat RAM (RAM Saver) yang boleh menjimatkan sehingga 600MB ruang memori dan Penyimpan RAM (App Retainer) yang memastikan aplikasi yang kerap diguna tetap aktif di latar belakang.

Di bahagian belakang, ia mempunyai cahaya AI Aura Light yang sudah sinonim dengan siri telefon vivo V. Dengan lampu ini, ia membenarkan anda mengambil gambar potret yang kemas walaupun dalam situasi malap. Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera swafoto 32MP.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk vivo V40 Lite 5G:

Pra-tempahan untuk vivo V40 Lite 5G akan dibuka sehingga 25 Oktober 2024. Setiap pra-tempahan akan disediakan dengan hadiah percuma bernilai RM955, terdiri daripada jaminan bateri vivo Care empat tahun, perlindungan skrin dan penutup terlindung selama empat tahun, jaminan skrin selama setahun, fon telinga wayarles serta power bank.

Layari laman web vivo Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai telefon ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version