Site icon TechNave BM

vivo V50 dilancar di Malaysia: Kamera ZEISS, SD 7 Gen 3, bateri 6,000mAh bermula RM1,999

vivo Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu vivo V50. Seperti telefon vivo V sebelum ini, vivo V50 menampilkan fungsi kamera ZEISS yang mengutamakan mod fotografi potret.

Kamera utamanya adalah kamera 50MP ZEISS All Main Camera dengan saiz sensor 1/1.55″ yang menyediakan prestasi fotografi tinggi. Ia mempunyai VCS Camera-Bionic Spectrum bagi menghasilkan warna dengan tepat, serta penstabilan CIPA 4.0 Stabilization untuk kualiti gambar dan video yang jelas.

Telefon ini turut mempunyai lampu AI Aura Light Portrait 2.0 yang menyediakan 143x ulra-soft fill light bagi menyediakan pencahayaan yang lembut untuk mod potret dalam situasi malap. Ia menawarkan dua stail pencahayaan potret iaitu Rembrandt Lighting yang mencipta efek pencahayaan 3D dengan fill light lembut, dan Butterfly Lighting yang mengutamakan kontur muka.

Kamera ini turut mempunyai tujuh efek kabur (bokeh) ZEISS yang unik iaitu Biotar, B-Speed, Distagon, Sonnar, Planar, Cine-Flare Portrait dan Cinematic. Setiap efek ini akan menghasilkan bebola cahaya yang unik di latar belakang.

Ia turut mempunyai kamera ultra-lebar 50MP dengan sudut penglihatan 119°, dan kamera hadapan ZEISS Group Selfie Camera 50MP. Selepas mengambil gambar, anda boleh sunting dengan fungsi berdasarkan AI seperti AI Photo Enhance, AI Erase 2.0, Camera Mode dan Live Photo.

Baterinya pula berkapasiti 6,000mAh dan menyokong kadar pengecasan pantas 90W FlashCharge. vivo mengatakan pengecasan selama 10 minit sahaja sudah cukup untuk membuat panggilan telefon selama enam jam.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk vivo V50:

Layari laman web vivo Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai peranti ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version